25 Disember 2010

Wani Juara Kamilah Bintang

Posted by Row Ann MLTy at 12:21 PG

Kamilah Bintang menutup tirai musim pertamanya dengan mengumumkan Wani sebagai Juara Kamilah Bintang! Konsert Akhir Kamilah Bintang telah disiarkan pada 24 Disember 2010, jam 5.30 petang di Astro Ceria (611).

Gadis berusia 10 tahun, Syazwani Bt Sapari atau Wani telah menerima Tabung Pendidikan bernilai RM15,000 dan hadiah berupa pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah computer riba berjenama Sony VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

Tempat kedua dimenangi oleh Faisal yang menerima Tabung Pendidikan bernilai RM10,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Farhan yang menerima Tabung Pendidikan bernilai RM5,000.

Mereka juga memenangi Pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan untuk Naib Juara dan pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan untuk Tempat Ketiga. Mereka juga menerima dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle

Dalam Konsert Akhir Kamilah Bintang ini, peserta diberikan tugasan menyanyikan lagu Lelaki Ini (Aiman), Dan Sebenarnya (Qistina), Memori Tercipta (Dayang), Lagu Untuk Mu (Farhan), Bertamu Di Kalbu (Wani) dan Salam Terakhir (Faisal).

Peserta Kamilah Bintang juga mempersembahkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh mentor-mentor mereka sambil berduet bersama Mentor Kamilah Bintang. Persembahan duet ini diakhiri oleh nyanyian artis jemputan, Jaclyn Victor menyanyikan Gemilang.

Sumber dari : Astro

p/s: kenapa gambar wani ngan farhan je ada?hehe..sebab dalam program kamilah bintang ini selain daripada bakat yang ada pada mereka sy jgk tertarik dgn raut wajah wani yg sentiasa ceria dan farhan pula haruslah CUTE!!..

0 comments:

Catat Ulasan

 

Row Ann MLTy SFC Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template