18 Disember 2010

Nilai Persahabatan

Posted by Row Ann MLTy at 12:05 PG

SAHABAT,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi SAHABAT,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu SAHABATKU,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…

“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

0 comments:

Catat Ulasan

 

Row Ann MLTy SFC Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template