25 Disember 2010

Wani Juara Kamilah Bintang

Posted by Row Ann MLTy at 12:21 PG 0 comments

Kamilah Bintang menutup tirai musim pertamanya dengan mengumumkan Wani sebagai Juara Kamilah Bintang! Konsert Akhir Kamilah Bintang telah disiarkan pada 24 Disember 2010, jam 5.30 petang di Astro Ceria (611).

Gadis berusia 10 tahun, Syazwani Bt Sapari atau Wani telah menerima Tabung Pendidikan bernilai RM15,000 dan hadiah berupa pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan, sebuah computer riba berjenama Sony VAIO™, dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle.

Tempat kedua dimenangi oleh Faisal yang menerima Tabung Pendidikan bernilai RM10,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Farhan yang menerima Tabung Pendidikan bernilai RM5,000.

Mereka juga memenangi Pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan untuk Naib Juara dan pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (4 orang; 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan untuk Tempat Ketiga. Mereka juga menerima dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Shuffle

Dalam Konsert Akhir Kamilah Bintang ini, peserta diberikan tugasan menyanyikan lagu Lelaki Ini (Aiman), Dan Sebenarnya (Qistina), Memori Tercipta (Dayang), Lagu Untuk Mu (Farhan), Bertamu Di Kalbu (Wani) dan Salam Terakhir (Faisal).

Peserta Kamilah Bintang juga mempersembahkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh mentor-mentor mereka sambil berduet bersama Mentor Kamilah Bintang. Persembahan duet ini diakhiri oleh nyanyian artis jemputan, Jaclyn Victor menyanyikan Gemilang.

Sumber dari : Astro

p/s: kenapa gambar wani ngan farhan je ada?hehe..sebab dalam program kamilah bintang ini selain daripada bakat yang ada pada mereka sy jgk tertarik dgn raut wajah wani yg sentiasa ceria dan farhan pula haruslah CUTE!!..

23 Disember 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Posted by Row Ann MLTy at 12:01 PG 0 comments

1. GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. TERIMA KITA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. SALING MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

MIMPI
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

20 Disember 2010

Rahsia potongan rambut jejaka idaman

Posted by Row Ann MLTy at 11:26 PG 0 comments

Rambut pendek kemas
<--Tidak suka melibatkan diri dalam perkara yang remeh
<--seorang yang peramah dan mudah bergaul
<--tidak suka tempat yang kotor
<--pandai berfesyen dan mempunyai citarasa tinggi




Rambut beralun kerinting
-->Seorang yang mencari perhatian
-->sangat berbakat dan cenderung dalam bidang seni
-->mempunyai daya kreativiti tinggi & pencinta kepada kebebasan









Rambut panjang paras bahu
<--mempunyai sense of humor yang tinggi
<--gemar hidup dengan cara kamu sendiri dan tidak ditentukan orang lain
<--mood sering berubah-ubah,kadang kala terlalu mementingkan diri sendiri












Botak Licin
-->Tidak suka benda yang berselerak kerana jiwa kamu seorang yang senang & tidak banyak songeh
-->Tidak suka perkara yang menyulitkan
-->Kadang kala seorang yang bergaya dan bercitarasa tinggi
-->Dengan gaya yang terserlah,kamu sering dianggap playboy
-->Seorang yang profesional & mementingkan ketepatan masa
-->Seorang yang pandai berjimat






Rambut panjang mengurai
<--Terkenal dengan sikap panas baran, tetapi jika panas sejuknya tidak lama
<--kamu sangat pentingkan penampilan dan gaya
<--Kamu berani mengambil risiko & tidak takut dengan cabaran
<--seorang yang boros berbelanja
<--mempunyai jiwa yang lembut,walaupun panas baran tetapi kamu cepat cair dengan pujukan






**ini hanyalah ramalan semata-mata.hanya kamu yang boleh menilainya.Akan tetapi tidak salah untuk mencari sesuatu demi sebuah kepastian, bukan?**

Jus untuk sihat & cantik

Posted by Row Ann MLTy at 11:06 PG 0 comments

Buah-buahan memang kaya dengan pelbagai vitamin. Kajian saintifik menunjukkan kandungan serat dan vitamin dalam buah mampu memperbaiki tisu-tisu tubuh yang rosak. Disebabkan rasanya yang enak, ramai menjadikan buah-buahan sebagai makanan dan minuman penting. Apa kata, sambil mencuba minuman buah kegemaran anda, cuba pula minuman campuran buah-buahan. Ada banyak khasiat disebaliknya:

1. lobak + Halia + epal
khasiat: mencuci sistem usus dan perjalanan darah
2. Epal + timun + seleri
khasiat: cegah kanser,kurangkan kolesterol dalam darah,mengurangkan pening kepala
3. Epal + Tomato + lobak
khasiat: perbaiki kompilasi kulit,melancarkan pernafasan
4. peria + epal + susu
khasiat: melegakan pernafasan,mengurangkan panas dalaman badan
5. Oren + halia + timun
khasiat: memperbaiki tekstur kulit dan menjadikannya anjal
6. Pear + pisang
khasiat: mengawal kandungan gula dalam darah

18 Disember 2010

Sahabat Selamanya :)

Posted by Row Ann MLTy at 12:25 PG 0 comments

sahabat2ku sekalian..lagu"SAHABAT SELAMANYA"ku tujukan kpd kalian semua..smoga korunk enjoy mendengarnya sambil2 mlihat gambar2 ini..luv ya :)


-kat batu burok beach,tganu.dpt jpe kjap je,pastu kne balik tpt prktikal smula.


emm..mse teachers day kowt 24may20?? x igt thn..hehe


wat assignment nye psl..huhu"taring pelangi team"


OTW to melaka..


WE DID IT..


Amali time..at T.E.R


time praktikal at sutra beach resort,tganu


BFF.. :)

amacam best x?? hehehe...klu ikutkan byk lg nk masukkan tp i dh ngantuk..huhu..jpe d lain post ok..sekian..

Nilai Persahabatan

Posted by Row Ann MLTy at 12:05 PG 0 comments

SAHABAT,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi SAHABAT,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu SAHABATKU,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…

“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

13 Oktober 2010

SELAMAT TINGGAL TERENGGANU

Posted by Row Ann MLTy at 1:38 PTG 0 comments
SLM SEMUA... :)Hmm dh agk lma jugak aq x update blog ni..bz lh katakan..bz kew??hak3..mls tu mmg ada..ok mulakan cerita ye..bila d hitung2 rupanya dh bthn2 aq duk kt terengganu ni (mcm lma jew,pdhal bru 4thn..hak3)..setelah 4thn berhempas pulas dgn pelajaran ku...tanggal 13hb oktober 2010 pada pukul 10.05am aq tlh mninggalkan terengganu...mgkn utk stahun dua atau utk selamanya..sebak rse d dada apabila mngenang kembali perjalanan hidupku spjg b'ada ditganu..hanya Tuhan saja yg tahu,bgenang jugak airmata,tp xdelh smpi mnangis..huhu. spjg hidup sbg perantau d tganu terlalu byk kenangan manis,pahit,dan lagi duka(waah mderita sgt tuu). yelah duk kat ganu ni bkn ada sape2 suma family jauh..kite duk sowg2..sakit ke, sedih ke, susah ke,.suma kite tanggung sndri..hukhukhuk..tp aq terima sgalanya dgn redha..chewah..tp aq bnasib baik sb aq mpunyai keluarga angkat yang saaangaaat baik,kt ganu ni..smpi bila2 pn aq xkn lupa jasa mereka..last aq jpe mrka mse rya aritu..2pn x lma,tido kt ci2 1mlm jew..sb cuti x lma.hmm..lps tu smpi skrg x jpe2 lg..jz bhubung mlalui telefon jew..aq sangat rindukan mereka. '_' x tahu bila lg dpt bsua muka.. :)kwn2 pn baik juga...tp aq trpaksa pergi mninggalkan mereka..lps ni ssh lh nk jpe ngn korunk suma..(xpe facebook kn ad)hehe.x banyak yg aq nk ceritakan...sb nanti aq akan bsedih hati...wah terlebih sudah!..kisah2 duka aq biarlh aq pendam sendiri...sgt2 meruntun jiwa ragaku..hmmm bila lagi aq akan mnjejakkan kaki di negeri terengganu ni...'wait n c' insyaAllah klu panjang umur,ada rezeki...muncul lh aq di terengganu ni..SELAMAT TINGGAL TERENGGANU DARUL IMAN..Sekian dahulu untuk kali ini..amiinn wslm.

02 Mei 2010

Setelah sekian lama...

Posted by Row Ann MLTy at 3:36 PTG 0 comments
haliuuuuu...hmm dh lma x update blog..sjak2 mnjalani prktikal,xda msa nk on9..huhu..tpksa curi2 msa nk on9..hehe.apa cerita??mcm2..pejam celik dh sbulan sy mnjalani prktikal kt Sutra Beach Resort,Merang setiu terengganu..nk smpikn sbulan 2 rsa cm stahun..pergh..mcm2 dugaan..inikan pula nk hbskan 6bln..i can't imagine what's going on next..hmm nk wt cmna lumrah bdk trainee..skrg sy d letakkan d housekeeping department slama 2bln..tgl sbulan je lg dlm dpartment ni. Im so depressed being here :(..staff2 h/kping so far ok lah,xd lah mbuli sgt,jz ada lh 2org tu..tp stress jgk sbb smua staff2 kt dpartment ni ibarat "musuh dlm selimut". sy sbg trainee xnklah msuk cmpur dlm permasalahan mrk..tp sbg sorg pndgr yg setia(TERPAKSA)wlupn hnya bdiam diri tnpa mberi apa2 komen,otak blh jadi serabut!! sy sbg trainee kt situ kdg2 trkena jgk tempiasnya,wlupn x buat apa2.sy x memihak mana2..sy calon bebas.haha.next month i will b at F&B department(i guess) for 2 months.Tgk staff2 kt f&b mcm sombong..BUT Dont judge a book by its cover (i'll try)..huhu..x sbr rsanya nk hbskn prktikal ni..

29 Januari 2010

Jika Aku Jatuh Hati

Posted by Row Ann MLTy at 10:55 PTG 0 comments


Ya Allah..jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang,
yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu..

Ya Muhaimin..jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada
hatiMu..

Ya Rabbul Izzati..jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid dijalanMu..

Ya Allah..jika aku menikmati
cinta kasihMu, janganlah kenikmatan
itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat disepertiga malam
terakhirMu..

Ya Allah..jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia
kepadaMu..

Ya Allah..jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu..Amin..

28 Januari 2010

Kenapa Wanita Dicipta..

Posted by Row Ann MLTy at 11:53 PTG 0 comments
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

21 Januari 2010

SAHABAT

Posted by Row Ann MLTy at 10:35 PTG 0 comments
A: Kau rasa kita kawan sampi bila?
B: Sampai mati!
A: Kenapa kau cakap macam tu??
B: Sebab aku sayang kau!
A: Kau rasa jarak masa kita berkawan berapa lama?
B: 5 minit lagi.

si A terdiam lalu bertanya lagi :

A: Apa yang kau cakap ni? 5 minit?? Kata sampai kita mati?

si B hanya tersenyum...selepas 5 minit.,,si A yang melintas jalan hampir-hampir dilanggar kereta tetapi diselamatkan oleh si B. Benar kata orang tua-tua, bila hayat hampir tamat kita dapat rasakannya. lalu si B berkata :

B: Aku tepati janji aku. Aku berkawan dengan kau sampai aku mati, lalu tersenyum gembira.

Si A hanya mampu menangis mendengar kata-kata sahabatnya itu.

15 Januari 2010

A true Boyfriend would...

Posted by Row Ann MLTy at 9:44 PTG 0 comments
• Stay on the phone with her even if she is not saying anything
• Tease her and let her tease you back.
• Stay up all night with her when she's sick.
• Watch her favorite movie with her.
• Give her the world.
• Let her wear your clothes.
• When she's bored and sad, hang out with her.
• Let her know she's important.
• Kiss her in the pouring rain.
• When she runs to you crying.. the first thing you say is..
"Who's ass am i beating today baby?"

Take Time To Realize

Posted by Row Ann MLTy at 2:46 PTG 0 comments

Take time to realize..

I wanna share it with everybody.. :-) )

There was a blind girl who hated herself because she was blind
She hated everyone, except her loving boyfriend
He was always there for her, she told her boyfriend
"if i could only see the world, i will marry you"

One day, someone donated a pair of eyes to her
when the bandages came off, she was able to see everything
including her boyfriend

He asked her "now that you can see the world, will you marry me?"
The girl look her boyfriend and saw that he was blind
The sights of his eyelids shocked her. She hadn't expected that
The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him

Her boyfriend lefts in tears and days later wrote a note to her saying
"Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours,
they were mine"

This is how the human brain often works when our satus changes
only a very few remember what life was like before
and who was always by their side in the most painful situations

Life is a Gift..
Today before you say an unkind word-think of someone who can't speak
Before you complain about the taste of your food-think of someone
who has nothing to eat
Before you complain about your husband or wife-think of someone who's crying
out to GOD for a companion

Today before you complain about life-think of someone who went
too early to heaven
Before whinning about the distance you drive-think someone
who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job-think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your job
And when depressing thoughts seems to get you down-put a smile
on your face and think: you're alive and still around

Let this message moves around
the entire universe...

There 's no use to cry when its too late..



 

Row Ann MLTy SFC Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by: Website Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template